Borang permohonan kelulusan penyewaan ruang pejabat boleh diperolehi dengan melayari Portal Pejabat Setiausaha Perseketuan Sabah iaitu www.psupsabah.gov.my atau dengan merujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 Permohonan Kelulusan Penyewaan Ruang Pejabat Di Premis Bukan Milik Kerajaan Persekutuan.

Rujukan Pekeliling: https://www.bph.gov.my/portal/wp-content/uploads/2023/01/Pekeliling-AM-Bil.-3-Tahun-2011-%E2%80%93-Permohonan-Kelulusan-Penyewaan-Ruang-Pejabat-Di-Premis-Bukan-Milik-Kerajaan-Persekutuan.pdf https://www.bph.gov.my/portal/pekeliling/

Jabatan/ Agensi perlu mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia merujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB3.1 Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam (Kemaskini 14 Julai 2022)

Permohonan pelanjutan penyewaan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JRP tidak lewat daripada tiga (3) bulan sebelum tempoh pajakan kecil tamat.

Agensi yang lewat mengemukakan permohonan tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh pajakan kecil tamat akan diberikan surat kelulusan dengan teguran.

Tidak. Kadar sewaan ruang pejabat adalah bagi ruang kosong sahaja dan tidak termasuk kos pengubahsuaian, perabot dan tempat meletak kereta berbayar. Pengubahsuaiandan pembelian perabot hendaklah dibuat secara perolehan biasa.

Sekiranya jabatan tidak mendapat sokongan daripada salah satu daripada Keanggotaan JRP (MOF, JPPH, JKPTG, CGSO, MAMPU, BOMBA), maka jabatan/ agensi perlu mencari alternatif ruang pejabat lain untuk disewa.

Cara memohon kelulusan penyewaan ruang pejabat adalah seperti berikut:

● Mengemukakan Borang JRP dan senarai semakan JRP yang telah lengkap diisi beserta kelulusan daripada jabatan-jabatan berikut:-

  •  Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan Malaysia (bagi penyewaan baharu dan pelanjutan sekiranya ada kenaikan dari penyewaan asal;
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan harta yang berhampiran;
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berhampiran;
  • Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan yang berhampiran;
  • Unit Perancang Ekonomi (Standard & Cost), Jabatan Perdana Menteri sekiranya ruang melebihi 464.50 meter persegi (5000 kaki persegi); dan

● Keperluan maklumat tambahan seperti berikut:

  • Surat tawaran daripada pemilik
  • Pelan lantai/ Pelan susun atur
  • Gambar Bangunan
  • Salinan Pendaftaran Hakmilik dan dokumen yang berkaitan dengannya seperti surat persetujuan penyewaan daripada pemegang gadaian, surat perjanjian jual beli, surat  perwakilan kuasa, surat perjanjian penyewaan dan sebagainya.

Mesyuarat Jawatankuasa Ruang Pejabat akan bersidang setiap bulan. Sila rujuk takwim pada di portal Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah melalui pautan berikut http://www.psupsabah.gov.my/takwim/

Semua penggunaan fasiliti dan ruang di bangunan gunasama Persekutuan di Sabah bagi URUSAN RASMI adalah percuma.

Permohonan bagi semua penggunaan fasiliti dan ruang guna sama Persekutuan Sabah boleh dibuat melalui surat permohonan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUP) kecuali bagi ruang guna sama yang terdapat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah boleh dimohon melalui laman web / portal PSUP http://www.psupsabah.gov.my/tempahan-bilik-mesyuarat-kpkps/.

SENARAI BILIK MESYUARAT DAN BILIK SEMINAR PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH

KAPASITI: 20 ORANG

LCD PROJECTOR ✅

SCREEN ✅

PA SYSTEM ✅

CONFERENCE MIC ✅

CATATAN: –

KAPASITI: 20 ORANG

LCD PROJECTOR ✅

SCREEN ✅

PA SYSTEM ✅

CONFERENCE MIC ✅

CATATAN: –

KAPASITI: 20 ORANG

LCD PROJECTOR ✅

SCREEN ✅

PA SYSTEM ✅

CONFERENCE MIC ✅

CATATAN: –

KAPASITI: 70 ORANG

LCD PROJECTOR ✅

SCREEN ✅

PA SYSTEM: ROSAK

CONFERENCE MIC ❌

CATATAN: –

KAPASITI: 70 ORANG

LCD PROJECTOR ✅

SCREEN ✅

PA SYSTEM ✅

CONFERENCE MIC ✅

CATATAN: –

BILIK MESYUARAT SELANGOR

 

KAPASITI: 20 ORANG

LCD PROJECTOR ✅

SCREEN ✅

PA SYSTEM ❌

CONFERENCE MIC ✅

CATATAN: DIGUNAKAN OLEH KEMAS

KAPASITI: 100 ORANG

LCD PROJECTOR 

SCREEN: LED SCREEN

PA SYSTEM: Mixer ada masalah tetapi masih boleh digunakan

CONFERENCE MIC: MIC BIASA

CATATAN: KERUSI SAHAJA, KONSEP PERHIMPUNAN

KAPASITI: 60 ORANG

LCD PROJECTOR ❌

SCREEN ✅

PA SYSTEM: Mixer ada masalah tetapi masih boleh digunakan

CONFERENCE MIC: MIC BIASA

CATATAN: –

KAPASITI: 60 ORANG

LCD PROJECTOR ❌

SCREEN ✅

PA SYSTEM ❌

CONFERENCE MIC: MIC BIASA

CATATAN: –

BILIK MESYUARAT TERENGGANU KAPASITI: 60 ORANG

LCD PROJECTOR ❌

SCREEN ✅

PA SYSTEM: Tiada mixer, PA system tidak dapat digunakan

CONFERENCE MIC: MIC BIASA

CATATAN: DIGUNAKAN OLEH PERPUSTAKAAN

 

  1. Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah;
  2. Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau;
  3. Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Belud;
  4. Rumah Persekutuan Kota Kinabalu;
  5. Rumah Persekutuan Beaufort;
  6. Rumah Persekutuan Keningau;
  7. Wisma Persekutuan Sandakan dan;
  8. Wisma Persekutuan Tawau.

Kuarters Gunasama Persekutuan berada di lokasi seperti berikut :

Kota Kinabalu : Kuarters Indah Permai (288 Unit), Pangsapuri Teluk Likas (14 Unit), Kuarters KM 5 (81 Unit), KIPS Bukit Padang (24 Unit), Kuarters KM 4 (48 Unit-Dikosongkan kerana tidak selamat diduduki)

Sandakan : Flat Persekutuan Sokongan  2 & 3 (16 Unit), Flat Persekutuan P&P (8 Unit)

Tawau : Flat Persekutuan Tawau Jalan Kuhara (16 Unit), Flat Persekutuan Tawau Jalan Kukusan (6 Unit)

Keningau : Flat Persekutuan Keningau (8 Unit)

Kudat : Flat Persekutuan Kudat (8 Unit)

Semua penjawat awam persekutuan yang telah disahkan dalam perkhidmatan kecuali :

  1. Pemohon atau/dan pasangan yang bertugas di Sabah dan mempunyai rumah kediaman sendiri dalam radius 25 KM dari stesen bertugas.
  2. Pemohon berstatus bujang
  3. Pegawai kontrak/sambilan/MySTEP

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem i-Kuarters. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu mencipta ID pendaftaran di dalam Sistem i-Kuarters terlebih dahulu dengan cara melayari pautan: http://i-kuarters.psupsabah.gov.my/

Pemilihan penghuni kuarters KGPS dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Persekutuan (JPP) Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah. Mesyuarat JPP ini dilaksanakan 6 kali setahun (2 bulan sekali). Walau bagaimanapun, pengisian kuarters juga tertakluk kepada kekosongan sedia ada.

Aduan kerosakan kuarters boleh dilakukan melalui menu Aduan Kerosakan dalam Sistem i-Kuarters yang boleh diakses dengan melayari laman web Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Aduan Kecemasan merupakan aduan yang melibatkan kerosakan yang perlu dibuat segera dan sekiranya tidak dilaksanakan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan ketidakselesaan pada penghuni Contoh kerosakan adalah seperti paip pecah, bumbung bocor, sistem kumbahan tersumbat, litar pintas pada Distribution Board dan lain-lain

Kuarters Indah Permai & Kuarters Keningau: Encik Patrick Wong

Kuarters KM5, Kuarters Sandakan, Kuarters Tawau: Puan Hanisah binti Awang

Kuarters Pangsapuri & Kuarters Kudat: Puan Nur Hidayah Mandarin

Paip pecah, bumbung bocor, pintu rosak, sistem kumbahan tersumbat, short circuit, jubin lantai pecah, kebocoran air pada tandas atas dan lain-lain kerosakan yang bukan disebabkan kecuaian penghuni dan memerlukan kos yang tinggi.

Untuk membuat permohonan kenderaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah bagi tujuan pergerakan rasmi, pemohon hendaklah menghantar surat permohonan rasmi atau e-mel ke alamat e-mel berikut : psups@psupsabah.gov.my

Kementerian, Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan. Individu tidak dibenarkan untuk menggunakan kenderaan rasmi jabatan kerajaan.

Tempoh kelulusan permohonan dalam masa tiga (3) hari waktu berkerja, sekiranya pemohon belum mendapatkan maklum balas selepas tiga (3) hari, pemohon di galakkan untuk menghubungi pegawai kenderaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah untuk tindakan susulan permohonan

Ada, sekiranya semua kenderaan di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah tidak tersedia, pemohon boleh berhubung dengan Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sabah untuk urusan pinjaman kenderaan.

Borang permohonan kad akses pintu keselamatan KPKPS boleh diperolehi dengan melayari portal Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah iaitu www.psupsabah.gov.my pada seksyen muat turun.

Penjawat Awam Persekutuan yang berkhidmat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS).

Agensi yang tidak bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) tidak layak untuk memohon kad akses pintu keselamatan KPKPS kerana permohonan ini hanya untuk penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di KPKPS.

Tidak dibenarkan kerana pemohon perlulah membuat permohonan melalui pentadbiran jabatan sendiri dengan melengkapkan borang permohonan kad akses pintu keselamatan KPKPS dan mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan serta surat iringan jabatan

Tidak perlu dibuat laporan polis sekiranya kad akses pintu keselamatan KPKPS hilang. Namun begitu, pemohon perlu mendapatkan surat rasmi jabatan pengesahan bagi mengesahkan kehilangan kad akses tersebut serta dikenakan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30.00).

Scroll to Top